ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO : BILA SAMSENG GANGGU ISTERI PENINJU !!!

Wednesday 26 November 2014

VIDEO : BILA SAMSENG GANGGU ISTERI PENINJU !!!

Inilah yang dikatakan sengaja menempah bala.
Sekumpulan samseng yang mengganggu isteri seorang peninju profesional akhirnya tahu langit tinggi ke rendah apabila dibelasah beramai-ramai dalam tempoh singkat.
Melalui video rakaman CCTV yang kini viral, Nicolai Vlasenko, 29, seorang peninju dan pakar seni mempertahankan diri dilihat ‘mengajar’ sekumpulan samseng di luar sebuah kelab malam di Rusia selepas cuba menarik isterinya masuk ke bilik VIP ketika dia ke tandas.
Sekembalinya Nicolai dari tandas, dia terperanjat melihat aksi samseng ini dan cuba berunding supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut tetapi permintaannya bukan sahaja ditolak malah diajak ‘berbincang’ di luar.
Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, adalah samseng yang mencadangkannya lalu dipersetujui oleh Nicolai.
Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng menyerang Nicolai, dia telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.
Penyerang kedua cuba membalas, tetapi dia juga dijatuhkan dengan mudah.
Seorang lagi saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata,  “Mereka keluar dalam bilangan yang ramai. Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.
“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, tapi saya tak fikir dia tahu apa yang berlaku apabila sekelip mata rebah.”
“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta. Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia hampir jatuh lepas terima tiga tumbukan di kepala.”
Ahli geng yang lain kemudiannya, tidak lagi berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment