ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: (18SG) LAGI VIDEO KES BULI PELAJAR DI ASRAMA SEKOLAH !!! TAK SANGGUP NAK TENGOK VIDEO NI !!! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi @MuhyiddinYassin

Wednesday, 5 November 2014

(18SG) LAGI VIDEO KES BULI PELAJAR DI ASRAMA SEKOLAH !!! TAK SANGGUP NAK TENGOK VIDEO NI !!! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi @MuhyiddinYassin


Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli "Singlet Hitam" kini satu video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube.

Menurut dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa orang lelaki di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama. Mangsa buli itu di pukul menggunakan tangan dan kaki dan berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

Tidak dapat dipastikan dimana perbuatan buli ini berlaku. Tetapi dengan muka mangsa dan pemukul jelas kelihatan di dalam video tersebut, pihak herkuasa pasti dapat menyelesaikan kes ini.

Rasanya banyak lagi sebenarnya kes-kes buli yang berlaku dalam asrama sekarang ni, tetapi tidak didedahkan sahaja.

Mungkin pemantauan dari pihak sekolah perlu diperketatkan supaya kes-kes seumpama ini tidak berlaku lagi. 

video
Aduh...terasa sungguh hati ini bila lihat video ni...
Senang2 nak pijak, tendang, pukul & tumbuk anak orang...


Kalau ada sesiapa yang kenal mangsa atau pembuli tolong laporkan pada pihak berkuasa. Sama-sama kita bendung gejala yang tidak sihat ini. Diharapkan dengan penyebaran video ini, pelajar terlibat dapat dikenalpasti dan diberi hukuman yang setimpal.

Tak sanggup nak tengok habis sebab terbayang anak admin sebaya budak yang di buli tu, kalau lagi lama di tonton mahu pecah handphone ni sebab terikut emosi geram rasa nak terajang saja kat kepala budak-budak berperagai syaitan tu.



No comments:

Post a Comment