ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HASIL PERTEMUAN PAS-PASMA DIBAWA KE MESYUARAT PUSAT

Wednesday 26 November 2014

HASIL PERTEMUAN PAS-PASMA DIBAWA KE MESYUARAT PUSAT


KUALA LUMPUR 26 Nov - Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS Pusat akan membawa hasil pertemuan dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ke mesyuarat PAS Pusat awal Disember nanti.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub ketika menghubungi berkata, atas mandat yang telah diberikan oleh mesyuarat PAS Pusat satu pertemuan dengan Pasma telah diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

"Pertemuan dua jam yang diadakan semalam berjalan dengan‎ suasana yang baik.

"Jawatankuasa ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan dan mengambil maklumat tentang isu-isu yang berbangkit terutama isu-isu yang meresahkan ahli-ahli termasuk keputusan Majlis Syura PAS yang melarang ahli-ahli PAS terlibat dengan program Pasma," katanya yang telah mempengerusikan pertemuan tersebut.

Katanya, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura, Ustaz Idris Ahmad dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Sementara itu, dari Pasma pula adalan Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Muhamad Husin (Timbalan Pasma), Mohd Taib Ahmad (Setiausaha Agung), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha Agung) dan Penasihat Undang-Undang Pasma, Zulhazmi Sharif.

"Jawatankuasa ini telah mengambil maklum semua isu-isu yang dibincangkan.

"Jawatankuasa ini juga tidak memberikan sebarang komitmen dalam bentuk arahan atau persetujuan. Segala hasil pertemuan ini akan dibawa pada mesyuarat PAS Pusat akan datang‎," sambung beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau turut berharap agar semua pihak dan ahli-ahli PAS untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap pertemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment