ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAS HENTI-HENTI TERBABAS & TERJUNAM KE SUNGAI MUDA

Thursday 20 November 2014

BAS HENTI-HENTI TERBABAS & TERJUNAM KE SUNGAI MUDA


BALING: Sebuah bas henti-henti terbabas dari sebuah jambatan dan terjunam ke Sungai Muda, berhampiran Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, petang semalam.

Nahas berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani.

Maklumat awal mengesahkan pemandu bas serta tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk rawatan.

Pada masa ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan usaha untuk mengesan jika terdapat penumpang lain dalam bas terbabit.

No comments:

Post a Comment