ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TANDA TANYA MENGENAI PENGELUARAN PENUH KWSP TERJAWAP !!!

Tuesday, 18 November 2014

TANDA TANYA MENGENAI PENGELUARAN PENUH KWSP TERJAWAP !!!


Pengeluaran penuh simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara idealnya perlu diseragamkan dengan umur persaraan minimum kerana simpanan berkenaan adalah untuk persaraan, demikian menurut KWSP.
Bagaimanapun, KWSP berkata ia masih mengkaji perkara berkenaan dari pelbagai aspek secara terperinci termasuk mendapatkan maklum balas daripada ahli dan pihak berkepentingan yang lain.
"Oleh itu, pengeluaran umur 55 tahun kekal tidak berubah buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini.

No comments:

Post a Comment