ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAKAMAN VIDEO AKSI BAPA & ANAK DALAM TANDAS MENJADI VIRAL POPULAR DI INTERNET

Sunday 23 November 2014

RAKAMAN VIDEO AKSI BAPA & ANAK DALAM TANDAS MENJADI VIRAL POPULAR DI INTERNET


Rakaman video pasangan adik-beradik didenda bapanya kerana terlalu nakal dengan mewarnakan keseluruhan wajah mereka menggunakan cat menjadi popular internet.

Video menunjukkan bapa kanak-kanak tersebut meletakkan kedua-dua anak lelakinya itu di dalam sebuah bilik mandi dan memarahi mereka kerana terlalu nakal.

Bagaimanapun, keadaan muka kedua-dua mereka yang comot menyebabkan bapa tersebut akhirnya mentertawakan anak-anaknya.

Video berdurasi empat minit 37 saat itu telah mendapat tontonan hampir 800,000 kali selepas dua hari dimuat naik dilaman perkongsian video YouTube.

Menurut seorang pengguna laman tersebut, Kelly Goodacre, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kelihatan comel dan lucu ketika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain akibat dimarahi.

“Meraka sungguh comel dan kelakar sehinggakan saya ketawa tanpa henti melihat rakaman tersebut,” jelasnya.

Beberapa pengguna lain turut mengakui rakaman tersebut terlalu lucu dan percaya tindakan lelaki terbabit mampu mendisiplinkan kedua-dua anaknya.
sumber

No comments:

Post a Comment