ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA LAGI SUBSIDI UNTUK RON95 & DIESEL MULAI 1 DISEMBER

Friday 21 November 2014

TIADA LAGI SUBSIDI UNTUK RON95 & DIESEL MULAI 1 DISEMBER


TERKINI Tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut beliau, kaedah penetapan harga akan dibuat  sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.

"Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

No comments:

Post a Comment