ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JAKIM, JAIN & SKMM WUJUD UNIT KHAS PANTAU ISU HINA ISLAM

Friday 21 November 2014

JAKIM, JAIN & SKMM WUJUD UNIT KHAS PANTAU ISU HINA ISLAM



KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam.

Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, Jakim dan Jain akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.

"Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. - Bernama - 20/11/2014

No comments:

Post a Comment