ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERLIS : ISTERI SELAMATKAN SUAMI DARI DIBELASAH PEKERJA TNB ???

Saturday 22 November 2014

PERLIS : ISTERI SELAMATKAN SUAMI DARI DIBELASAH PEKERJA TNB ???

Hari ini masih menjadi perbualan hangat di media sosial di mana seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.
Dibawah adalah gamabr-gambar yang tersebar di media sosial.


Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana terdapat percanggahan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.

“Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya. 

Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian. 

Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza. 

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.

Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.”

bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.

gambar di bawah adalah komen-komen orang ramai tentang kejadian tersebut.
Apapun masih tidak tahu siapa yang salah dan tidak boleh menunding jari kemana-mana pihak kerana belum tahu siapa yang salah, sama-sama kita tunggu hasil siasatan polis.

No comments:

Post a Comment