ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MANGSA LETUPAN LOMBONG ARANG BATU DI SARAWAK DIKENAL PASTI !!!

Sunday 23 November 2014

MANGSA LETUPAN LOMBONG ARANG BATU DI SARAWAK DIKENAL PASTI !!!


Lombong Arang Batu Meletup, Tiga Maut Dan 11 Cedera

Tiga maut dan 11 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, kira-kira 130km dari sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ini dan punca letupan sedang disiasat.

Letupan dikatakan berlaku di lokasi kira-kira 150 meter di dalam lombong bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terperangkap.

Menurutnya ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sri Aman.

Katanya enam daripada mereka yang cedera telah dirujuk ke Hospital Serian, kira-kira 60km dari sini dan lima lagi ke Hospital Umum Sarawak, di sini.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti dan Bernama difahamkan mereka adalah pekerja asing.BERNAMA 23 NOV 2014


Mangsa Letupan Dikenal Pasti

Pihak polis telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian letupan lombong arang batu di Sarawak pada Sabtu.

Mereka dikenali sebagai Pang Chung Hyok, 29, warga Korea Utara, warga Myanmar, Tun Tun Win, 36, dan warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kardianto, 38.

Letupan kira-kira 9 pagi itu turut mencederakan 29 pekerja lain di lombong yang terletak berdekatan Pantu, Sri Aman kira-kira 130 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, mangsa maut apabila lombong yang dipenuhi gas itu meletup bermula daripada kejadian litar pintas sebuah kipas.

"Siasatan setakat ini mendapati selain tiga yang meninggal, 29 lagi pekerja tercedera di dalam terowong sepanjang 69 meter itu," katanya.

Mat Jusoh berkata daripada jumlah yang tercedera, sembilan merupakan warga Indonesia, enam (Myanmar) lima (China), dua (Bangladesh) dan tujuh (Korea Utara).

Katanya 25 orang daripada yang tercedera mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak sementara empat yang lain dirawat di Hospital Sri Aman.

Beliau berkata lombong berkenaan telah beroperasi kira-kira lapan tahun lalu dan kini mempunyai 119 pekerja yang kebanyakannya warga asing. - MSTAR 23 NOV 2014

No comments:

Post a Comment