ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA DI KELANTAN & TERENGGANU

Tuesday 18 November 2014

ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA DI KELANTAN & TERENGGANU

alt
KUALA LUMPUR 18 Nov - Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga esok.
   
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin Timur Laut bertiup dengan kelajuan 40 dan 50 kmsj dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
   
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
   
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan dan Terenganu terdedah kepada kenaikan paras air laut dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga esok.
   
Sementara itu, ribut petir yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga awal malam ini dan keadaan ini berbahaya kepada bot kecil.

No comments:

Post a Comment