ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 7 DISEMBER PENGHUJAHAN AKHIR KES SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS

Sunday 23 November 2014

7 DISEMBER PENGHUJAHAN AKHIR KES SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS



KUALA TERENGGANU 23 Nov - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 7 Disember depan untuk penghujahan akhir kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Tarikh berkenaan ditetapkan selepas saksi Mohd Shamsul Mat Amin (plaintif) dari akhbar KOSMO yang sepatutnya memberi keterangan hari ini gagal hadir.

Peguam Abdul Hadi (defendan), Asmuni Awi, berkata kegagalan saksi plaintif hadir pada perbicaraan hari ini kerana masalah teknikal, menyebabkan prosiding kes terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

"Bagaimanapun, sekiranya saksi plaintif tidak juga hadir pada 7 Disember nanti, prosiding kes akan diteruskan dengan penghujahan akhir diikuti dengan keputusan kes," katanya.

Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokong Abdul Hadi sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu, bagaimanapun beliau tidak hadir.

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon Bukit Besi, Mohd Shamsul, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

No comments:

Post a Comment