ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TRANSKRIP PERTEMUAN PAS PUSAT - PASMA

Friday 28 November 2014

TRANSKRIP PERTEMUAN PAS PUSAT - PASMA


Transkrip pertemuan PAS Pusat – PASMA


Salahuddin Ayub (PAS Pusat) : Sebenarnya apa tujuan PASMA ditubuhkan?

Ust Mad Husin (PASMA) : untuk perkukuh PR, niat kami bersih

Salahuddin Ayub (PAS Pusat) : jika utk perkukuh PR, bukankah Presiden berulang kali menyebut bahawa PAS berazam perkukuh PR?

Ust Mad Husin (PASMA) : Benar, tp hakikat yg berlaku tidak begitu, PAS tidak dilihat perkukuh PR contoh dalam isu MB Selangor.

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Dalam isu MB Selangor, PAS terang-terang menyalahi keputusan pimpinan PR.

Ustaz Idris (PAS Pusat) : Dalam isu MB Selangor, sedar atau tidak sebenarnya PAS tidak dibawa berunding sejak awal termasuklah dalam isu langkah kajang?

Ust Mad Husin (PASMA) : Kena faham, dalam PR, PKR sebagai ketua, dalam isu ini mereka berhak buat keputusan.

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Ketua Pembangkang ialah DSAI, walau apapun, keputusan DSAI perlu dianggap keputusan Pakatan Rakyat

Ustaz Idris (PAS PUsat) : Walau bercanggah dengah syariat Islam sekalipun?

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Contoh?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : DSAI dahulu menyokong agar Israel dilayan dengan adil kononnya Israel dizalimi sehingga Majlis Syura melalui TGNA keluarkan teguran, pada masa itu agak-agak YB Dato berada di sebelah mana?

Dato Pakhrorazi (PASMA) : hmm.. (diam)

Ust Mad Husin (PASMA) : Bila Majlis Syura mesyuarat haramkan PASMA?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : Ia adalah nasihat Majlis Syura dengan restu al-Mursyidul Am sendiri.

Ust Mad Husin (PASMA) : al-Mursyidul Am sudah diberitahu maklumat sebenarkah sebelum keputusan dibuat?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : Berasaskan kenyataan demi kenyataan pimpinan PASMA sendiri yang memperlekehkan pimpinan parti sendiri, dapat dilihat ke arah mana tujuan PASMA. Soalnya, kenapa PASMA sering menyerang pimpinan sendiri jika benar ditubuhkan sebagai NGO?

Ust Mad Husin (PASMA) : Bagi kami, hakikatnya PAS sudah hilang arah di bawah pimpinan Presiden hari ini, terus-terang kami akan bekerja untuk menukar Presiden yang ada kepada Presiden yang lebih pro Pakatan Rakyat.

PasMa Nafi Transkrip Pertemuan Yang Disebar

AIDCNews – 27/11/14 – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini menafikan butiran transkrip pertemuan antara PAS dengan NGO itu di Hotel Vistana, pada Isnin lalu yang kini disebar di internet.
Jurucakap PasMa, Che Ibrahim Mohamed berkata butiran transkrip pertemuan itu adalah palsu.
“Siapa pun yang tulis, maklumat awal mesti dari sumber yang terhad kerana pertemuan PAS- PasMa dibuat secara tertutup, iaitu 3 dari PAS, 5 PasMa dan seorang wakil tunggal media,”kata Che Ibrahim dalam facebooknya hari ini.
Ketika ditanya oleh rakan facebooknya apakah isi kandungan sebenar pertemuan itu, Che Ibrahim menjawab ia akan dapat diketahui selepas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membentangkan kepada PAS pada bulan Disember nanti.
“Cerita sebenar kita tunggu selepas Salahuddin Ayub membentang lapuran dalam mesyuarat jawatankuasa agung (PAS) bulan Disember nanti
“Yang saya boleh beritahu ada satu sahaja benda besar yang tak dapat disepakati, iaitu PAS minta PasMa jadi NGO PAS, yakni bawah kawalan PAS, tapi PasMa bertegas untuk kekal sebagai NGO PR,”katanya.

No comments:

Post a Comment