ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LARI DARI POLIS, JADI MANGSA NAFSU BUAS ‘SI PENDEK’

Saturday 22 November 2014

LARI DARI POLIS, JADI MANGSA NAFSU BUAS ‘SI PENDEK’

Puchong – Seorang remaja perempuan melalui detik hitam apabila diperkosa bergilir-gilir sekumpulan lima lelaki warga Myanmar termasuk seorangnya dikenali sebagai ‘Si Pendek’.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya itu melarikan diri dari diberkas anggota polis di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong di sini, pada jam 1 pagi Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa berusia 16 tahun terbabit sebelum itu mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman, di sini.
“Sebaik selesai makan, pasangan itu mahu pulang ke rumah sambil diekori lima suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa dengan menaiki tiga motosikal.
“Mereka bagaimanapun terserempak sebuah kereta peronda polis yang cuba menahan kumpulan warga asing itu untuk membuat pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu dan lima lelaki terbabit bagaimanapun meloloskan diri daripada ditahan polis sebelum bersembunyi di kawasan lombong. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment