ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE} TERKINI : 12 GAMBAR PERODUA ALZA TERBAKAR REMPUH TONG GAS DI KM257 LEBUH RAYA UTARA SELATAN !!!

Wednesday 12 November 2014

{UPDATE} TERKINI : 12 GAMBAR PERODUA ALZA TERBAKAR REMPUH TONG GAS DI KM257 LEBUH RAYA UTARA SELATAN !!!

Perodua Alza terbakar selepas rempuh tong gas jatuh dari lori di KM257 Lebuhraya PLUS dekat Terowong Menora pagi ini
IPOH: Sebuah kereta terbakar selepas tong gas yang dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan, hala utara selepas Terowong Menora, sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah lagi kereta turut rosak selepas merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, tong gas berkenaan bertaburan di atas lebuh raya selepas lori yang membawanya terbabas dan terbalik ketika tiba di situ.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 9.22 pagi.

Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, sebuah MPV terbakar dan sebuah kereta kemek teruk kerana berlanggar dengan  tong-tong gas LPG dari lori yang bertaburan di jalan raya.

Walau bagaimanapun, tiga mangsa iaitu pemandu lori berkenaan, pemandu kereta dan pemandu MPV hanya mengalami cedera ringan.

Pihak PLUS memberitahu, keadaan jalan raya kini terkawal hanya trafik ke laluan kontra bergerak perlahan.











No comments:

Post a Comment