ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "ORANG UMNO TAKKAN FAHAM TAHALUF SIYASI KAMI"

Wednesday 12 November 2014

"ORANG UMNO TAKKAN FAHAM TAHALUF SIYASI KAMI"


“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami” – itu adalah ungkapan yang penulis terbaca di dalam applikasi Whatsapps yang dianggotai oleh rakan-rakan sekolah penulis. Tidak perlulah penulis lebarkan kisah perdebatan ini. Cukuplah untuk kita sama-sama fikirkan, agar kita dapat memahami apa itu tahaluf siyasi cernaan PAS.
PAS kerusi terbesar di DUN Selangor, tetapi PKR yang menduduki kerusi menteri besar.
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
2 ADUN PAS ingkar dengan keputusan Majlis Syura PAS demi Wan Azizah. 
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
Iszuree Ibrahim telah dipecat oleh Lim Guan Eng daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang akibat mengkritik dasar kerajaan negeri yang enggan menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang. 
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
Lim Guan Eng telah menyaman Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Tantawi kerana mendedahkan tentang penyelewengan serta pembohongan dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
Karpal Singh, pada 2013 pernah meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu. PAS bagaimana? 
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
“Solidariti4Presiden” telah dikecam oleh sekutu PAS melalui laman-laman media sosial
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
Lim Guan Eng dakwa wujud “parti cakap tak serupa bikin”. 
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.
PAS tidak pertahan kalimah Allah
“Orang UMNO takkan faham tahaluf siyasi kami”.

Apa yang penulis nyatakan diatas adalah sebahagian daripada perincian terhadap peristiwa-peristiwa di dalam kalendar politik sebelum kita memuktamadkan pengertian tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh PAS.
Dan sesungguhnya penulis sudah jelas, terang dan nyata akan pengertian maksud berpandukan perincian-perincian tersebut. Memang sukar untuk memahaminya, tak tercapai dek akal. Perghhh….
Anda dibenarkan untuk menambah perincian lain, dan jangan lupa untuk membuat kesimpulan apa yang anda faham tentang tahaluf siyasi ala PAS ini. 
Petikan MyMKU

No comments:

Post a Comment