ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP KELUAR PR BERI KELEBIHAN PADA BN

Tuesday 4 November 2014

DAP KELUAR PR BERI KELEBIHAN PADA BN

DAP keluar Pakatan beri kelebihan pada BN - Penganalisa politik

KUALA LUMPUR: Jika benar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, ia akan memberi peluang yang cerah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata seorang penganalisa politik.



Namun Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berpenda;at nasib DAP masih bergantung kepada keutuhan Pakatan Rakyat.

“Mereka bukan gagah dengan sendirinya, tetapi bintang mereka bersinar dengan bantuan Pakatan Rakyat. DAP ada kekuatan tersendiri namun ia adalah limpahan kekuatan PKR dan  PAS,” kata Jayum.

Beliau turut menganggap  kenyataan Lim sebagai “kenyataan politik” kerana jika benar DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat, ia memerlukan pertimbangan yang besar.


“Kalau DAP keluar, ketiga-tiga parti (DAP, PKR, dan PAS) tidak ada harapan untuk mendapat tempat yang penting pada PRU ke-14.


“Mereka tidak akan berpecah kerana hal-hal kecil. Masing-masing tidak akan ke mana,” jelas beliau.

Sementara itu penganalisis Politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat DAP, dimana majoriti penyokongnya adalah dari kaum Cina, tidak akan ke mana tanpa sokongan parti-parti lain yang mempunyai sokongan daripada majoriti kaum lain.


“Mereka boleh bergerak sendiri namun tidak akan berjaya untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Azizuddin turut berkata bahawa agak sukar untuk PAS dan DAP bekerjasama kerana kedua-dua parti mempunyai agenda masing-masing.

“PAS sebelum ini mahu melaksanakan hukum Hudud. DAP pula mahu negara sekular. PKR pula menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti ini.


“Secara realitinya ia agak sukar untuk bergabung. Mereka perlu mencari nilai-nilai yang boleh menyatukan semua. Kalau tidak, ia akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang,” katanya.

Penganalisis politik Prof James Chin pula berpendapat kenyataan Lim sebagai luahan kekecewaan terhadap kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ia ditujukan kepada Hadi dan bukan PAS secara keseluruhan. Beliau tahu Hadi mahukan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

James turut berkata bahawa tiada perubahan akan berlaku pada Pakatan Rakyat.


“Namun selagi Hadi memimpin PAS, tidak akan wujud rasa percaya di antara DAP, PKR dan PAS,” katanya lagi.

Swaktu Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad, Lim berkata bahawa perkara paling penting menggerakkan Pakatan Rakyat adalah kewujudan ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.


“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen," kata beliau.

No comments:

Post a Comment