ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GUANG ENG SINDIR PAS ATAU PRESIDEN PAS ???

Tuesday 4 November 2014

GUANG ENG SINDIR PAS ATAU PRESIDEN PAS ???

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dalam PR, ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’.       

Menurut beliau, parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji, malahan juga tidak menunjukkan komitmen kepada pakatan.

“Itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat PR, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan. Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh presiden (parti).

"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu. Namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas (MSU) menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun pencalonan itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan pimpinan DAP serta PKR.

Menurutnya, mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan DAP perlu memiliki prinsip dan amalan yang sama dengan parti itu.

“Saya cakap terus terang di sini kerana DAP berpegang (pada) prinsip dan sejak 1966, kita berjuang kerana prinsip dan kita tak takut berjuang bersendirian kalau perlu, demi prinsip. Kita tidak akan berkompromi. (Apa) yang penting ialah kalau kita cakap, kita mesti cakap serupa bikin,” katanya.

Guan Eng dalam ucapan sama berkata, DAP menolak sama sekali pandangan sesetengah pihak yang beranggapan PR akan berkubur tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, hidup dan mati PR bukan hanya kerana Anwar sebaliknya bergantung pada ketiga-tiga parti berpegang kepada janji dan komitmen masing-masing.

“Kalau parti dalam PR tak tunaikan komitmen mereka, tak tunaikan janji mereka, Anwar ada atau tak ada pun tak ada beza, betul?” katanya sambil disambut dengan sorakan ahli DAP yang bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau merujuk kepada rayuan kes liwat II membabitkan Anwar yang kini sedang menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment