ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES LIWAT II ; KEPUTUSAN RAYUAN BUKAN HARI INI !!!

Tuesday 4 November 2014

KES LIWAT II ; KEPUTUSAN RAYUAN BUKAN HARI INI !!!


PUTRAJAYA: Keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan diketahui pada Selasa.

Wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya yakin panel lima hakim Mahkamah Persekutuaan memerlukan masa yang lebih untuk menilai hujahan kedua-dua pihak.

Malah katanya, pasukan pembelaan juga hanya akan menggulung hujahan mereka bermula pagi Rabu.

"Saya sangsi keputusan akan dibuat esok. Mungkin hari lain," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan ketika prosiding berhenti rehat pada pagi Selasa.

Prosiding pada Selasa yang masuk hari keenam menyaksikan pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung semula hujahnya.

Muhammad Shafee dijangka membuat penggulungan hujahannya sebelum mahkamah berhenti rehat pada tengah hari Selasa.

"Lepas itu (prosiding sesi petang Selasa) kami ada empat peguam yang akan memberi hujahan balas.

"Kami akan bermula petang ini didahului dengan Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo dan kemudian sama ada saya atau Datuk Seri Gopal Sri Ram. Tapi itu terpulang kepada masa. Berapa lama masa yang dibenarkan. Jadi besar kemungkinan ia akan bersambung esok," kata Ramkarpal.

Kronologi prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim – Hari Keenam:-

2.40 petang: Group Bikers dari Putrajaya turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Saiful dalam prosiding hari keenam rayuan kes liwat Anwar.

2 petang: Bilangan penyokong Saiful bertambah ramai menjadi sekitar 150 berbanding berbanding hanya kumpulan-kumpulan kecil pada sebelah pagi tadi. Ketika ini, keadaan masih terkawal dan kelihatan anggota keselamatan bersiap-sedia menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.



1 petang: Keputusan rayuan Anwar untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap Saiful tidak akan diketahui pada Selasa. Menurut wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh, pihaknya yakin panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memerlukan masa yang lebih untuk menilai hujahan kedua-dua pihak.

Pasukan pembelaan juga katanya, hanya akan menggulung hujahan bermula pagi Rabu.

Beliau sangsi keputusan akan diumumkan esok.

“Mungkin hari lain,” katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan ketika prosiding berhenti rehat.

12.30 tengah hari: Kelihatan di luar mahkamah, penyokong Mohd Saiful tiba membawa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan sokongan mereka terhadap bekas pembantu peribadi kepada Anwar itu.


Sepanduk tertera perkataan ‘PKR, Anwar Dont Threaten The Court dan Rakyat Hakim Negara, Kami Juga Rakyat! dan Kami Mahu Undang-undang Dipatuhi’ antara yang dibawa para penyokong Saiful.

11.55 pagi: Shafee menegaskan apabila Saiful berkata dia ‘tak rela’, apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak tahan lagi dan dilakukan tanpa kerelaannya. Saiful tampil membuat laporan selepas dua hari kerana dia dalam keadaan tidak menentu, kata Shafee. Saiful juga tambahnya, boleh menjelaskan cara dia diliwat dan mengakui ia bukan kali pertama berlaku dan mungkin sudah di ‘rehearsed’ sebelum ini.

11.45 pagi: Ketika membaca dari testimoni Saiful, Shafee memberitahu Saiful tidak boleh tahan lagi dan mengulangi bahagian Anwar ejakulasi di dalam Saiful seperti sebelumnya.

Saiful mendakwa dia berasa sakit setiap kali perbuatan seksual berlaku dan Shafee berkata, untuk memahami konteks KY jelly yang digunakan, semua ini harus diambil ke dalam konteks.

11.05 pagi: Anwar berjalan keluar dari bilik mahkamah untuk waktu rehat dan memberitahu wartawan dan jurukamera yang hadir bahawa beliau mahu memberi kenyataan media. Beliau kemudiannya tertawa kecil dan berjalan pergi tanpa mengucapkan sepatah kata.

Ketika dia memasuki ruang sidang, beliau secara berseloroh bertanya kepada wartawan bila ketika mahkamah akan memberikan keputusan. “Saya sendiri pun tidak tahu bila,” katanya.

10.05 pagi: Shafee berkata, jika Anwar telah mendakwa kes liwat itu adalah ‘fitnah’ terhadap beliau, mengapa beliau tidak menafikan kehadirannya di kondominium tersebut. Shafee menunjukkan mahkamah kehadiran Anwar dan Saiful di unit kondominium tersebut menerusi kamera litar tertutup.

“Adalah menjadi kewajipan Anwar untuk mempertikaikan kehadirannya di unit kondominium itu,” kata Shafee lagi.

Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kehadiran Anwar dan Saiful di unit kondominium itu.

10 pagi: Pihak pendakwaan menunjukkan dua gambar Anwar dan Saiful berada dalam unit kondominium yang dikatakan menjadi lokasi kejadian liwat.

Hakim, Suriyadi bertanya adakah tertuduh memberi keterangan dari kandang atau sebaliknya dalam kes di India itu, Shafee menjelaskan ahli politik itu hanya berdiam diri.

Menurut Shafee, dalam satu kes di India, bukti yang nyata boleh digunakan terhadap Anwar apabila beliau gagal memanggil saksi alibi.

9.50 pagi: Jumlah penyokong Anwar bertambah sekitar 500 orang.


Keterangan terperinci beberapa perkara baharu dalam hujahnya termasuk berkaitan dakwaan perlakuan liwat itu diadakan secara ‘suka sama suka’ atau wujud paksaan.

Beliau yang mengetuai pasukan pendakwaan dijangka mengambil masa lebih dua jam untuk menyempurnakan hujahnya bagi menjawab semua keraguan dibangkitkan pasukan peguam bela sebelum ini berhubung kes terbabit.

9 pagi: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

8.50 pagi: Anwar tiba di bilik bicara 1 mahkamah dengan beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan antaranya, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Ketika ini suasana masih lagi terkawal dan pasukan keselamatan kelihatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini.

8.30 pagi: Kelihatan sekitar 200 penyokong Anwar mula membanjiri perkarangan Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan kepada pemimpin tersebut. Mereka membawa bersama kain rentang dan sepanduk Justice For Anwar.


8.20 pagi: Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tiba di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, jam 8.20 pagi tadi diiringi beberapa peguam.

No comments:

Post a Comment