ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS NAFI VIDEO BULI TERSEBAR BABITKAN KES BULI PELAJAR MRSM BALIK PULAU !!!

Wednesday 5 November 2014

POLIS NAFI VIDEO BULI TERSEBAR BABITKAN KES BULI PELAJAR MRSM BALIK PULAU !!!


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menafikan video buli pelajar sekolah di dalam bilik asrama sebuah sekolah yang tersebar luas di laman sosial adalah kes buli membabitkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ketua Polis Dareah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi berkata, video yang tersebar berdurasi 4 minit 37 saat itu tiada kaitan langsung dengan kes buli membabitkan pelajar MRSM Balik Pulau Oktober lalu yang masih dalam siasatan polis ketika ini.

Tambahnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes buli membabitkan pelajar yang dilaporkan telah memukul seorang pelajar junior sekolah itu.

Ujar Lai lagi, bagi kes buli di MRSM kesemua pelajar terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan mereka.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.  
#Balik Pulau Rpt 3211/2014
#Tangkapan Melibatkan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau

Pada 27 OKT 2014 jam 1246 satu laporan Polis telah dibuat di Balai  Polis Balik Pulau.Butirx pengadu adalah seperti berikut adalah seperti berikut :-

Nama : Insp ....
No Kpt : G/1....
Alamat : Kuarters Pegawai Kanan PDRM IPD Barat Daya,Balik Pulau,Pulau Penang
Pekerjaan: Pegawai Kanan Polis

Butirx Laporan Polis

# Pada 27 OKT 2014 jam lebih kurang 1215,bersabit Balik Pulau Rpt 3177/2014 Seksyen 147 KK,pengadu bersama sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya telah menahan 4 remaja lelaki berbangsa Melayu di Perkarangan MRSM Balik Pulau,Balik Pulau,Pulau Pinang.Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada kesemua remaja berikut.Berikut adalah butirx remaja berikut :-
Nama : Muhamad Hanif ........
No KPT : 98-XX-......
Alamat : Jalan Sungai Abdul,Pekan Baru Teluk Air Tawar,13050 Butterworth,Pulau Pinang

Nama : Muhammad Nabil ....
No KPT : 98-XX-......
Alamat : Lahar Ikan Mati,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Nama : Amin Muqri .....
No KPT : 98-XX-......
Alamat : Titi Mukim Teluk Air Tawar,13050 
Butterworth,Pulau Pinang

Nama : Muhamad Rafiq Hakim bin Bakhtiar
No KPT : 98-XX-......
Alamat : Pangsapuri Bay Hilir,Sungai Pinang,11600 Georgetown,Pulau Pinang

#Tangkapan dibuat berhubung pergaduhan yang melibatkan pelajar asrama sekolah berkenaan sehingga mengakibatkan seorang pelajar mengalami kecederaan patah salah satu tulang rusuk serta lainx kecederaan. 3 orang daripada pelajar yang ditahan merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut manakala seorang pelajar adalah tingkatan 3.Difahamkan keempatx pelajar berkenaan telah dibuang sekolah sebelum tangkapan dibuat.Kesemua yang ditahan telah dibawa ke IPD Balik Pulau untuk tindakan lanjut.Kes disiasat oleh Insp Boby bin Tamat-Pegawai Penyiasat JSJ IPD Barat Daya,Pulau .Pinang.Untuk maklumman tuan

No comments:

Post a Comment