ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO SENSASI : HADI AWANG "BUKA CERITA' PUNCA PAS TOLAK WAN AZIZAH SEBAGAI CALON MB SELANGOR !!!

Saturday 6 September 2014

VIDEO SENSASI : HADI AWANG "BUKA CERITA' PUNCA PAS TOLAK WAN AZIZAH SEBAGAI CALON MB SELANGOR !!!


Ini memang panas.Kalau dengar seluruh ucapan dan semasa jawab soalan Datuk Seri Haji Hadi Awang pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Rusila,Terengganu Jumaat nampaknya PAS sudah sedia ' langgar tembok' isu Menteri Besar Selangor.
Majlis itu diadakan secara tertutup namun mendengarnya melalui youtube,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Lim Kit Siang dan geng yang tetap mahu Wan Azizah dilantik ke jawatan itu boleh garu kepala dan tak dapat lelap tidur.
Haji Hadi nampak macam sudah set nak ' cerita smeua'.Beliau antara lain mendedahkan sebab sebenar PAS tetap tidak mahu Wan Azizah.
Katanya ia bukan sebab Wan Azizah seorang wanita tetap KERANA DARI AWAL-AWAL LAGI PAS MELIHAT BELIAU TIDAK MAMPU MENTABIR.
Presiden PAS itu juga nampak jelas terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sekalipun PAS melalui mesyuarat jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos lalu menarik balik sokongan kerana beliau sudah dipecat dari PKR.
Katanya di dailog itu sebenarnya tuduhan-tuduhan terhadap Khalid sudahpun diadili sebelum PKR memutuskan nak buat Kajang Move yakni pilihanraya kecil Kajang dalam usaha untuk singkir Menteri Besar itu.
Haji Hadi mendedahkan beliau dan dua pemimpin PAS lagi hadir.Juga hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim dua dua pemimpin PKR.Begitu juga Lim Kit Siang dan dua lagi.
Katanya masa sesi penghakiman itu Khalid dapat jawab semua soalan yang ditanya pasal tuduhan-tuduhan itu.
Sekalipun didapati Khalid tidak salah namun PKR tetap nak buat pilihanraya kecil.Katanya PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat ikut saja.
PAS,katanya sejak itu lagi berpendirian Menteri Besar tidak boleh ditukar.
Presiden PAS itu kata apa yang berlaku di SAelangor sekarang hanya kerana gelagat PKR semata-mata.
Beliau juga menjelaskan PAS terpaksa hantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor sebagai memenuhi titah baginda.
Katanya jika tak hantar tiga nama macam mana baginda nak buat pilihan.
"Tak kan PAS bodoh...tak reti bahasa,"katannya.
Menuirut beliau PKR dan DAP tetap nak hantar satu nama sahaja.
"PKR-DAP tidak boleh ikat kita.Itu hak kita ,"

No comments:

Post a Comment