ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TRAGIS : MANGSA SAMUN DITIKAM DAN DITOLAK KE LOMBONG !!!

Saturday 15 November 2014

TRAGIS : MANGSA SAMUN DITIKAM DAN DITOLAK KE LOMBONG !!!


Lapan orang remaja ditahan polis bagi membantu siasatan dalam kes samun dan bunuh bekas pekerja sebuah syarikat produksi yang ditikam sebelum ditolak ke dalam kolam bekas lombong di Jalan Gombak, Setapak, semalam.
Kesemua suspek yang berusia 15 hingga 18 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur kira-kira jam 4 pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis masih memburu tujuh lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.36 malam itu, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima orang rakannya sedang berehat di pondok berhampiran lombong itu sebelum dihampiri kira-kira 20 lelaki bermotosikal yang cuba merompak mereka.
Menurutnya, mangsa yang enggan menyerahkan telefon bimbitnya dipukul di bahagian kepala menggunakan rantai besi dan pengunci tayar motorsikal.
“Akibat pukulan itu, mangsa jatuh sebelum ditolak ke dalam lombong,” katanya.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Jinjang kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Rakyat Post

No comments:

Post a Comment