ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REMAJA LEMAS KERANA SELIPAR

Saturday 8 November 2014

REMAJA LEMAS KERANA SELIPAR


Johor Bahru : Seorang remaja lemas ketika sedang memancing di Sungai Melana, Jalan Kejayaan 8, Taman Universiti di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Muhammad Ikhwan Syahmi Shalan, 14, bersama empat rakannya sedang memancing sebelum mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pasukan bomba dan penyelamat diarahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa di dasar sungai.

"Selepas mangsa berjaya dibawa naik, pasukan perubatan mengesahkan remaja berkenaan sudah meninggal dunia.

"Mayat dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat," katanya.
hmetro

No comments:

Post a Comment