ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEKERJA KEDAI SERBANEKA 24 JAM DISAMUN DAN DIROGOL !!!

Friday 7 November 2014

PEKERJA KEDAI SERBANEKA 24 JAM DISAMUN DAN DIROGOL !!!


Port Dickson: Seorang perompak merogol dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dirogol, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.

Menurut sumber, lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.

“Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi.

Katanya, suspek mengarahkan rakan mangsa ke kaunter untuk menandatangani invois daripada penghantar akhbar itu sebelum masuk semula ke dalam stor.

Sumber berkata, hasil soal-siasat, mangsa memberitahu suspek meminta rakannya menyerahkan sejumlah wang sebelum disuruh masuk ke dalam tandas.

“Suspek merogol mangsa sebelum melarikan diri.

“Rakan mangsa berkata, dia mendengar mangsa merayu kepada suspek supaya tidak merogolnya sambil menangis,” katanya.

Sementara itu, anggota polis forensik ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan dan mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson, di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar menyeru golongan wanita supaya bijak memilih pekerjaan yang tidak mendatangkan risiko keselamatan diri.
hMetro

No comments:

Post a Comment