ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: (18SX) POLIS SAHKAN REMAJA CUBA CURI MOTOSIKAL DI BACHOK DIBOGEL, DIIKAT PENDUDUK

Wednesday 5 November 2014

(18SX) POLIS SAHKAN REMAJA CUBA CURI MOTOSIKAL DI BACHOK DIBOGEL, DIIKAT PENDUDUK


BACHOK: Polis mengesahkan seorang remaja berusia 15 tahun dibogelkan serta diikat oleh penduduk kampung selepas cuba mencuri motosikal di perkarangan masjid Kampung Pauh Lima, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi berkata, remaja yang masih bersekolah di Tingkatan Tiga itu turut mengalami kecederaan di kepala dan lebam di badan dipercayai dipukul penduduk.

Katanya, remaja itu dipercayai mahu mencuri motosikal ketika penduduk sedang sembahyang bersama rakannya, namun rakannya sempat meloloskan diri.

"Remaja itu turut ditangkap bersama peralatan dipercayai untuk digunakan bagi mencuri motosikal seperti besi," katanya

Gambar mengenai kejadian jam 8.20 malam itu mula tersebar di laman sosial, termasuk Facebook dengan keadaan mengaibkan apabila pakaian remaja itu ditanggalkan dengan kedua-dua tangannya diikat.



No comments:

Post a Comment