ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PESAKIT MENTAL KELAR BADAN, IKAT KAKI SENDIRI SEBELUM BAKAR

Monday 17 November 2014

PESAKIT MENTAL KELAR BADAN, IKAT KAKI SENDIRI SEBELUM BAKAR

Mati_Terbakar
Seremban – Selepas membeli minyak dan tali rafia, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ditemui mati terbakar di dalam bilik di rumahnya di Taman Bandar Ekar Rantau di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 50-an ditemui mati dengan kesan terbakar 60 peratus dari paras pinggang hingga kepala selain terdapat kesan kelar pada anggota badannya dipercayai dilakukannya sendiri.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal bersama ibu dan anak saudaranya memberitahu mahu pergi membeli minyak dan tali.
“Selepas setengah jam mangsa pulang ke rumah dan membawa sebotol minyak dan tali rafia. Mangsa memberi alasan kepada ibunya barang tersebut mahu digunakan membuat ubat.
“Difahamkan mangsa kemudian masuk ke dalam bilik lalu menguncinya. Ibunya yang berasa tidak sedap hati mengetuk pintu bilik mangsa tetapi tidak berjawab sebelum menyedari terdapat bahang api dari dalam bilik tersebut,” katanya.
Menurutnya, jiran membantu memecahkan pintu bilik dan mendapati badan mangsa terbakar.
Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kesan terbakar yang teruk dari paras pinggang hingga ke kepala serta kedua-dua belah kakinya berada dalam keadaan terikat.
“Malah terdapat juga kesan kelar pada badan mangsa dipercayai dilakukannya sendiri dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.
“Difahamkan mangsa berusia lingkungan lewat 50-an dan mempunyai kad OKU bagi kategori pesakit mental,” katanya.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment