ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD KELANTAN : BEGITU OBSES TERHADAP KAEDAH TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN – AJK DAP

Monday 17 November 2014

HUDUD KELANTAN : BEGITU OBSES TERHADAP KAEDAH TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN – AJK DAP






Liew Chin TongPetaling Jaya – Kerajaan Kelantan harus menghentikan semua rancangan untuk menggunakan gilotin, alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dalam melaksanakan undang-undang hudud di negeri ini, kata ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong.
“Begitu obses terhadap kaedah yang tidak berperikemanusiaan dalam hukuman seperti yang dicadangkan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah adalah mengecewakan.
“Seperti kebanyakan penyokong hak asasi manusia lain, saya telah berkempen untuk menamatkan atau mengurangkan penggunaan hukuman kejam seperti hukuman mati dan hukuman sebat,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.
Mohd Amar berkata alat pemenggal kepala itu cepat, berkesan dan memerlukan hanya satu orang untuk menarik tuil, dua orang lain untuk tahan pesalah dengan doktor untuk memastikan orang yang dihukum tidak secara drastik mengalami hukuman.
Hakim yang menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang, berkata beliau gagal memahami ‘obsesi’ Mohd Amar.
“Beliau boleh membantu negara dengan fokus kepada gangguan umum, bukan deskripsi grafik untuk memotong tangan tetapi mengembalikan isu keadilan,” katanya.
“Malaysia tidak memerlukan satu lagi bentuk hukuman seperti itu. Sebab-sebab untuk menentang apa jua kaedah hukuman yang zalim pada dasarnya telah diterangkan setiap masa,” katanya.
Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan.
Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Hudud: Kelantan Harus Cari Kaedah Potong Tangan Lebih Sesuai - Isma

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan Islam, menyelar tindakan kerajaan Kelantan berhubung cadangan untuk  menggunakan gilotin sebagai peralatan untuk memotong anggota badan mereka yang melakukan jenayah mencuri di bawah undang-undang jenayah hudud di negeri itu.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata kerajaan negeri bebas menggunakan sebarang alat atau mesin untuk melaksanakan hukuman tersebut, namun beliau memberi amaran, bahawa ia akan merosakkan imej Islam sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan betul. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star yang memetik pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan menggunakan gilotin kepada mesyuarat panel jawatankuasa yang akan diadakan.

Pejabat Mohd Amar dalam satu temu bual melalui telefon bersama The Star bagaimanapun menegaskan cadangan yang dikemukakan itu bukanlah datang secara langsung daripada timbalan menteri besar Kelantan itu. 

Abdullah Zaik berkata Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap cadangan yang dikemukakan itu, bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya. 

"Kelantan harus mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan kerajaan Persekutuan serta mendapatkan nasihat teknikal dalam hal perundangan, kerana negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad," katanya. 

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad turut bersetuju bahawa kerajaan Kelantan perlu melakukan kajian yang mendalam dalam isu berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan undang-undang jenayah hudud bagi memastikan kaedah terbaik dalam melaksanakan hukuman ke atas pencuri yang didakwa di bawah undang-undang tersebut.

Muhammad Shukri berkata pihak berkuasa harus mempelajari dengan teliti kaedah yang diguna pakai di Arab Saudi, sebelum menentukan cara terbaik bagi melaksanakan hukuman penalti tersebut. 

"Setakat apa yang saya tahu, jawatankuasa tersebut sedang meneliti pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika ini," katanya.

No comments:

Post a Comment