ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELAJAR MAUT DISAMBAR PETIR KETIKA DENGAR LAGU GUNA FON TELINGA

Monday 3 November 2014

PELAJAR MAUT DISAMBAR PETIR KETIKA DENGAR LAGU GUNA FON TELINGA


Serian – Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin.

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, di sini, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang.

Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit.

“Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

“Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Harian Metro

No comments:

Post a Comment