ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEGAWAI KANAN KERAJAAN MINTA HABUAN SEKS SEBAGAI BALASAN DITAHAN REMAN

Friday 14 November 2014

PEGAWAI KANAN KERAJAAN MINTA HABUAN SEKS SEBAGAI BALASAN DITAHAN REMAN


ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat memperoleh perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada kira-kira 2 petang Khamis.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.
Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an. - Bernama

No comments:

Post a Comment