ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MURID PRA SEKOLAH CEDERA DICAMPAK DARI TINGKAT DUA

Thursday 13 November 2014

MURID PRA SEKOLAH CEDERA DICAMPAK DARI TINGKAT DUA


SEREMBAN – Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6, mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya di bilik guru yang juga guru di sekolah berkenaan.

Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil. Bapanya, Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata Adam Zikri, 6, berada dalam keadaan stabil dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), pagi tadi.

Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

No comments:

Post a Comment