ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES LIWAT II : PROSIDING HARI KETUJUH BERMULA

Thursday 6 November 2014

KES LIWAT II : PROSIDING HARI KETUJUH BERMULA

Kes Liwat II: Prosiding hari ketujuh bermula

PUTRAJAYA: Prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bakal tiba ke penghujungnya dengan hujah balas oleh barisan pembelaan.

Selasa lalu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari pihak pendakwaan selesai membentangkan kesemua hujahnya.

Beliau banyak menyentuh aspek fakta kes, perincian hal DNA dan bahan bukti serta menjawab isu penahanan Anwar.

Sesi prosiding rayuan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari itu kini sudah masuk ke hari ketujuh apabila kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan memerlukan tempoh tambahan bagi membuat penghuraian hujah.

Selepas selesai sesi pembentangan hujah pembelaan yang dijangka mengambil masa hingga ke sebelah petang, tanda tanya seterusnya adalah tentang pertimbangan waktu dan tarikh bagi panel lima hakim membuat keputusan.

Berikut adalah perkembangan terkini dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Putrajaya:

Embedded image permalink

8.50 pagi: Anwar masuk ke kamar mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah serta kenalan terdekat. Anwar menyapa ceria kepada kumpulan wartawan sebelum berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

4 WAKIL PEGUAM ANWAR BERHUJAH HARI INI

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis mendengar hujahan balas pasukan pembelaan berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat.

Empat wakil peguam Anwar akan diberi tanggungjawab untuk memulakan hujah balas pada prosiding yang masuk hari ketujuh hari ini.

Peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo dijangka memulakan hujahan pihak pembelaan diikuti dengan Gobind Singh Deo dan kemudian Ramkarpal Singh.

Penggulungan hujah dijangka dibuat oleh ketua peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Menurut Ramkarpal, pasukannya sudah bersedia untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwaan yang berakhir pada Selasa lalu.

Pasukan pendakwaan mengambil masa selama tiga hari sejak Jumaat minggu lalu untuk membentangkan hujahan yang banyak menyentuh pelbagai isu khususnya membabitkan bukti saintifik.

Antara isu penting yang dibangkitkan ialah mengenai DNA Anwar yang diperoleh daripada lokap untuk dipadankan dengan profil ‘Lelaki Y’ yang ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

No comments:

Post a Comment