ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI AWANG ELAK JUMPA ANWAR ???

Tuesday 11 November 2014

HADI AWANG ELAK JUMPA ANWAR ???


Selepas sudah lama dilaporkan ‘tidak bersemuka ’,  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bertemu di Dewan Rakyat pada Isnin.

Hadi sejak kebelakangan ini tidak hadir ke Parlimen begitu juga dengan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat  (PR) sehingga timbul cerita ujud ketidaksefahaman antara Hadi dan Anwar.

Bagaimanapun, pertemuan mereka pada hari ini kerana kedudukan kerusi ahli parlimen Marang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu sebelah menyebelah.

Hadi bagaimanapun tidak tunggu lama di dalam Dewan dan terus beredar selepas berucap kira-kira 12 minit membahaskan  Bajet 2015 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Beliau terus keluar dan enggan menjawab soalan petugas media di luar Dewan.

Timbul teka teki sama ada beliau cuba mengelak berada di sebelah Anwar lebih lama di dalam Dewan.

Presiden PAS itu hanya memberitahu media bahawa beliau kurang sihat.

Pertembungan Hadi dengan Anwar dikatakan wujud sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor bebrapa bulan lalu.

Beliau antara yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar dan menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pimpinan PR  turut dikritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi.

No comments:

Post a Comment