ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETUA HAKIM NEGARA KETUAI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

Tuesday 11 November 2014

KETUA HAKIM NEGARA KETUAI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN


KOTA BAHARU 11 Nov - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 630 penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-45 hari ini.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ariffin dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) daripada Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Lela Negara.

Sebanyak 39 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Pengarah Halfmoon Bay Capital Limited Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Fauzi Mamat merupakan antara tiga individu yang menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Tujuh individu pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Wisma AZE Group Sdn Bhd Datuk Azham Zamiri Mohamad Satar; Pengarah Urusan P. Raman Nair Sdn Bhd Eh Ain@Chandra Sekaran A/L Parian Katte Raman Nair dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holding Berhad Johan Abdullah.

Empat penerima DJMK yang lain ialah Pengarah Urusan A&D Printing Stationery Sdn Bhd Mohd Nasir Ab Ghani; Pengarah Pioneer Million Holding (M) Sdn Bhd Nik Mohd Zainal Abidin Nik Yusof; Pensyarah Jabatan Sains dan Bio Perubatan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Ridzwan Hashim dan Ketua Pegawai Pelaburan Permodalan Nasional Berhad Wan Roshdi Wan Musa.

Empat orang pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Besar Felda Malaysia Datuk Faizoull Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Widad Builders Sdn Bhd Datuk Wira Muhammad Ikmal Opat Abdullah; Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat Ahmad Suhaimee Mohamed Yassin dan Pengarah Hasrat Asia (M) Sdn Bhd Ronald Christopher La Faber.

Sultan Kelantan turut menganugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima iaitu Panglima Markas 7 Briged Brig Jen Ab Aziz Abdullah; Panglima Markas 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Staf Prinsipal ESSCOM Bahagian Perisikan Pertahanan Brig Jen Tuan Roslan Tuan Ismail.

Panglima Markas 2 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad pula merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Sebanyak 13 lagi menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman DCP Datuk Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abu Bakar Mohd Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Kimia Ahmad Ridzuan Ibrahim; Duta Besar Malaysia ke Republik Turki Amran Mohamed Zin; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Mohd Arshad Ismail dan Pengarah Jabatan Audit Negara Sektor Audit Kerajaan Negeri Che Isa Che Kob.

Penerima lain ialah Pengarah Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli Prof Dr Ibrahim Che Omar; Pakar Perunding Perubatan Klinik Pakar Perubatan HRPZII Dr Mahiran Mustafa; Ketua Jajahan Kota Baharu Nik Abdullah Nik Daud; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Nazran Muhammad; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Nik Azman Nik Abdul Majid; Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Serpudin Mohamad dan Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Saari Salleh.

Lima penerima terakhir yang menerima gelaran Datuk bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) adalah Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman SAC Datuk Jamaludin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim; Pensyarah Perubatan Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Prof Dr Jafri Malin Abdullah; Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Roslee Chik dan Timbalan Pengarah Belanjawan (Perkhidmatan Awam) Zamzuri Abdul Aziz.

Baginda turut menganugerahkan Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima, lapan orang menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), empat orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK) dan 40 individu menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Sebanyak 81 orang pula menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 60 orang menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK).

Bagi penerima Bintang-Bintang pula, sebanyak 29 orang menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 39 orang Bintang Seri Kelantan (SK) dan 82 orang Bintang Ahli Kelantan (AK) manakala 61 orang menerima Pingat Bakti (PB), 74 Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 59 Pingat Taat (PT) dan 41 Pingat Perangai Baik (PPB).

Lima lagi menerima Surat Kepujian dan enam orang menerima Jaksa Pendamai.
Pada majlis hari ini, 240 menerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Sultan Muhammad V manakala baki penerima yang lain akan diadakan pada tarikh lain.

No comments:

Post a Comment