ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA MAUT, SATU PARAH LORI REMPUH KERETA

Thursday 6 November 2014

DUA MAUT, SATU PARAH LORI REMPUH KERETA


Batu Pahat : Dua maut manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Parit Sulong-Yong Peng berdekatan Kampung Mohd Noor di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu mengakibatkan dua mangsa yang juga penumpang kereta jenis Perodua Myvi maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa Attika Jaaffar, 64, dan Hana Abdul Rahman, 44, maut akibat parah selepas tersepit.

Menurut Din, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori membawa muatan barangan sejuk beku dari arah Yong Peng menghala ke Parit Sulong terbabas sebelum merempuh Perodua Myvi yang dipandu mangsa yang parah, Johari Md Yatim, 72.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Perodua MyVi yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca sebenar kejadian selain merekod keterangan pemandu lori dan saksi kejadian,"katanya.
hmetro

No comments:

Post a Comment