ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 3 BERANAK MAUT, SEORANG PARAH MPV BERTEMBUNG BAS EKSPRES DI KM92 JALAN LIPIS-MERAPOH !!!

Monday, 3 November 2014

3 BERANAK MAUT, SEORANG PARAH MPV BERTEMBUNG BAS EKSPRES DI KM92 JALAN LIPIS-MERAPOH !!!


KUALA LIPIS: Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 92 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu adalah pemandu MPV, Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya, Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54 dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19.

Dalam kejadian itu, anak lelaki mangsa yang duduk di bahagian penumpang, Ahmad Bahari, 15, cedera parah. Kesemua mereka berasal dari Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Yang turut cedera ialah pemandu bas terbabit Adnan Abdullah, 45.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata kesemua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Razak berkata nahas berlaku pukul 2.05 pagi ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Baharu, Kelantan menghala Kuala Lumpur.

"Kemalangan berlaku apabila MPV dipandu Zainuddin yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hilang kawalan di tempat kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bas.

"Akibatnya, tiga daripada empat beranak itu maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala seorang lagi parah, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang.

"Bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Bharu dengan membawa 42 penumpang, pemandunya dikenali Adnan Abdullah, 45, cedera ringan manakala kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Abdul Razak berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




No comments:

Post a Comment