ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HIBURAN : ZAQUAN MENGAMUK, KELUARKAN ARAHAN DI TWITTER TIDAK BENARKAN AYU BERLAKON LAGI

Wednesday 10 September 2014

HIBURAN : ZAQUAN MENGAMUK, KELUARKAN ARAHAN DI TWITTER TIDAK BENARKAN AYU BERLAKON LAGI


Kuala Lumpuir – Satu lagi kes cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem. Jika sebelum ini kita semua dengar akan kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.

Namun bukanlah Farid Kamil, tetapi Zaquan Adha yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem yang bakal ke pawagam Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah berlakon bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.

Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak — merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha.

No comments:

Post a Comment