ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #RMK11 : KENYATAAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN

Thursday 21 May 2015

#RMK11 : KENYATAAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN


UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
BERHUBUNG PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN 
DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 11

YAB Perdana Menteri tengahari tadi telah membentangan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) di Dewan Rakyat. Antara pengumumannya ialah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan projek tebatan banjir.

2.Projek pembangunan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat Kelantan sama ada yang menetap di dalam negeri atau yang bermastautin di luar. Pembinaan lebuhraya tersebut amat-amat dinantikan, manakala pembesaran lapangan terbang sedia ada amat bertepatan kerana lapangan terbang sekarang sudah tidak dapat menampung permintaan semasa. Kedua-dua projek ini bukan sahaja menjanjikan kemudahan yang selesa buat penduduk tetapi juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri. 

3.Projek tebatan banjir pula akan dapat membantu mengurangkan kerugian yang di alami oleh penduduk dan kerajaan pada setiap tahun. 

4.Cadangan pembangunan ini membuktikan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap Negeri Kelantan, terima kasih di atas cadangan pembangunan yang amat bermakna ini. 

5.RMK-11 yang dibentangan oleh YAB Perdana Menteri adalah inklusif dan Negeri Kelantan turut diberi perhatian. Semoga tuduhan kerajaan pusat zalim akan berkurangan dan Kerajaan Negeri akan menghargai sumbangan Kerajaan Pusat ini.

(DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED)
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan

21 Mei 2015

No comments:

Post a Comment