ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AKAR UMBI PAS MAKIN MELUAT DENGAN DAP - DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Monday, 25 May 2015

AKAR UMBI PAS MAKIN MELUAT DENGAN DAP - DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA – PAS menggesa sekutunya daripada DAP supaya tidak bermusuh dan menghentikan serangan terhadap parti itu demi kepentingan Pakatan Rakyat.

 

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli PAS kini begitu ‘meluat’ dengan sikap DAP yang secara berterusan menyerang PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

“Serangan bertali arus DAP terhadap PAS telah menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak selesa dalam hubungan Pakatan Rakyat.

 

“Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan. Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

 

Beliau mengulas mengenai konflik berpanjangan antara DAP dan PAS khususnya selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Hadi berkelakuan seperti pemimpin Umno.

 

Malah DAP juga sebelum ini turut memutuskan kerjasama dengan Hadi namun mahu kekal bersama PAS dalam pakatan pembangkang.

 

Hadi sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan keras bahawa PAS sedia memutuskan hubungan dengan DAP kerana bukan parti itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat bukan Islam di negara ini.

 

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini berkata, perbalahan antara DAP dan PAS akan membawa kesan dalam Muktamar PAS ke-61 nanti.

 

Katanya ahli PAS akan terus mempertahankan kewibawaan parti walaupun ketika menjalinkan kerjama dengan DAP dan PKR.

 

“Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela. Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS.

 

“Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

 

“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya. – Mstar

2 comments:

  1. Bolehkah pemikiran ala khawarij dan pemikiran liberalist disatukan ?

    ReplyDelete
  2. LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

    TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

    RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

    APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

    KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

    ReplyDelete