ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUA PEMANDU MYVI TERLIBAT DALAM NAHAS DUKE KE MAHKAMAH ESOK

Thursday 7 May 2015

DUA PEMANDU MYVI TERLIBAT DALAM NAHAS DUKE KE MAHKAMAH ESOK

Dua pemandu Myvi terlibat dalam nahas DUKE ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok.


Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff hari ini.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa, 7 bulan, yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.

Kemalangan ini turut mendapat perhatian orang ramai apabila dua lagi anak pasangan terbabit, Nur Firuza Amira, 7, dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

No comments:

Post a Comment