ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP SINGKIR PEMIMIPIN PAS YANG BERANI KATA 'NO' !!!

Wednesday 27 May 2015

DAP SINGKIR PEMIMIPIN PAS YANG BERANI KATA 'NO' !!!


SHAH ALAM – Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung pada minggu hadapan akan memberi peluang kepada DAP untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan Pas yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada parti tersebut.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara tersebut bukan suatu yang luar biasa memandangkan DAP sebelum ini telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya lagi, Muktamar Pas yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP.

“Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai Pas. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan Pas yang tegas.

“Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era kepimpinan ulama,  Abdul Hadi telah dicabar,” bidasnya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sikap segelintir pemimpin Pas yang mula menyanggah Abdul Hadi seolah membuka peluang bagi DAP untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan Pas lain.

“… Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi Pas yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat PR, malah pernah satu ketika 'membakul sampahkan' keputusan Presiden Pas yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili PAS dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos tahun lalu.

“Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka,” katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru supaya kesemua ahli dan pimpinan dalam Pas supaya tidak mudah tunduk terhadap kehendak DAP.

“Sikap sesetengah pimpinan Pas yang merelakan urusan dalaman Pas dan mahukan parti ini menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP adalah satu tindakan bacul dan khianat.

“Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, Pas akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di negara ini,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment