ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMBANTU KEDAI DIACUKAN PISAU DALAM KES SAMUN KEDAI RUNCIT DI KUBANGKERIAN

Tuesday 19 May 2015

PEMBANTU KEDAI DIACUKAN PISAU DALAM KES SAMUN KEDAI RUNCIT DI KUBANGKERIAN

Kota Bharu: Seorang pembantu kedai runcit berusia 18 tahun berdepan detik cemas apabila diacukan sebilah pisau di leher dalam kejadian samun di Kampung Pasar Lama Mukim Chica, Kubang Kerian, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ketika kejadian mangsa, Normibah Hadi, 18, berada di kaunter kedai.

Katanya, dua lelaki tidak dikenali menyamar sebagai pembeli iaitu mahu membeli rokok.

"Sejurus itu, seorang daripada mereka masuk ke bahagian kaunter dan memegang pengadu dan menyuruhnya mendiamkan diri.

"Seorang daripada suspek memegang pisau sebelum mereka mengambil wang tunai RM2,000 dan 10 kotak rokok yang disimpan di dalam laci kaunter," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, seorang daripadanya ditahan dan seorang lagi melarikan diri.

No comments:

Post a Comment