ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HADI AWANG MAHU NAJIB TERUS KEKAL SEBAGAI PM

Tuesday 12 May 2015

HADI AWANG MAHU NAJIB TERUS KEKAL SEBAGAI PM


Kuala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin kerajaan kerana dipilih menerusi sistem yang adil.

Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya,” kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online.

“Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya.”

Menurut Hadi, adalah sia-sia mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1MDB.

“Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat.

“Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama,” katanya lagi.

Semalam Dr Mahathir meneruskan serangannya, mengatakan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

No comments:

Post a Comment