ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HIBURAN : FAHRIN AHMAD NIKAHI PRAMUGARI, ELENA HANI

Saturday 9 May 2015

HIBURAN : FAHRIN AHMAD NIKAHI PRAMUGARI, ELENA HANI


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 36, sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas, 36, dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, di sini. 


Teka teki bakal isteri Fahrin menemui titik noktah apabila beliau memilih Elena Hani, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan. FAHRIN melafazkan akad nikah tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.

Fahrin menjadi bualan hangat apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 9 Mei pada satu sidang media khas namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal isterinya.

No comments:

Post a Comment