
Nur Ameena Nabila mengalami luka pada hampir keseluruhan wajahnya, selain di pergelangan tangan kanan dan telinga. Bapa bayi itu, Ahmad Mat Seman, 44, berkata kejadian diketahuinya selepas dimaklumkan pengasuh yang menghubungi isterinya, Izurni Ibrahim, 38, pada jam 1.45 petang yang meminta mengambil anaknya.

"Saya kemudian meminta penjelasan daripada wanita itu dan dia hanya memberitahu anak saya digigit dan dicakar kanak-kanak lain ketika sedang membancuh susu," katanya ketika dihubungi BH.
Ahmad mendakwa, kejadian kemungkinan berlaku lebih sejam sebelum pengasuh menghubunginya berikutan terdapat kesan darah kering pada telinga dan selimut anaknya. Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah sebelum membawa anaknya ke Hospital Ampang, untuk menerima rawatan.
bharian.
No comments:
Post a Comment