ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELAJAR TINGKATAN DUA CEDERA DIPUKUL KERANA MAHU KELUAR GENG 360

Sunday 31 May 2015

PELAJAR TINGKATAN DUA CEDERA DIPUKUL KERANA MAHU KELUAR GENG 360


KUALA LUMPUR: Hanya kerana dikatakan tidak mahu terus menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap, seorang pelajar sekolah di Bukit Tinggi, Klang dipukul sehingga cedera oleh tiga pelajar lain.

Kejadian dikatakan berlaku jam 1.30 petang Jumaat  lalu di sebuah pasar raya di bandar Klang  iaitu selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut polis, ketiga-tiga remaja berkenaan dipercayai mengekori mangsa yang berusia 14 tahun itu sebelum bertindak membelasahnya dalam sebuah tandas di pasar raya itu.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan hari ini mengatakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah bibir dan seluruh badan akibat dipukul.

Geng 360
Kejadian dikatakan berlaku Jumaat  lalu di sebuah pasar raya di Klang sekitar jam 1.30 petang iaitu selepas tamat sesi persekolahan. - Foto PDRM

Bertindak atas laporan, pihaknya telah mengenalpasti dan menahan tiga remaja dalam beberapa siri serbuan semalam.

"Dua remaja yang ditahan berusia 16 dan 17 tahun telah dibuang sekolah pada 28 Mei lalu, manakala seorang lagi berusia 15 tahun masih bersekolah di tingkatan tiga.

"Hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kejadian seperti yang dilaporkan mangsa.

"Motif kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dari kumpulan Geng 360," katanya.

Ketiga tiga suspek turut mengaku ahli geng kongsi gelap 360 Pandamaran diketuai seorang lelaki.

Susulan kejadian itu, pihaknya telah melakukan serbuan untuk mengesan beberapa dalang lain yang bertindak merekrut pelajar sekolah menjadi ahli kongsi gelap.

"PDRM akan mengambil tindakan undang-undang selain daripada Akta Pertubuhan dan juga Akta Pencegahan Jenayah 1952 (POTA)," ujarnya lagi.
AstroAwani

No comments:

Post a Comment