ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMIMPIN UMNO WP DIKAITKAN DALANG RAKAM VIDEO UCAPAN MUHYIDDIN

Friday 22 May 2015

PEMIMPIN UMNO WP DIKAITKAN DALANG RAKAM VIDEO UCAPAN MUHYIDDIN

Pemimpin UMNO WP dikaitkan dalang rakam video ucapan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan dikaitkan sebagai individu yang merakam ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Sebuah blog politik mengaitkan pemimpin UMNO Bahagian Segambut sebagai individu yang merakam ucapan Muhyidin itu

Video itu kemudiannya tersebar di media sosial selepas ia didedahkan oleh seorang penulis blog, Firduas Abdullah di blog Apanama miliknya semalam.

Susulan tersebarnya video tersebut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusuf menegaskan pihaknya dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Muhyiddin itu.

Bercakap kepada Astro AWANI, Rauf berkata siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

"Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

"Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan kekecewaannya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mendengar nasihat  Muhyiddin agar memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

No comments:

Post a Comment