ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENDAKWAH TERKENAL CEDERA DITETAK DI KEPALA

Thursday 21 May 2015

PENDAKWAH TERKENAL CEDERA DITETAK DI KEPALA

tetak



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) cedera ditetak di kepala ketika cuba menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak di rumahnya di Taman Batu Muda di sini, awal Rabu.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, mangsa, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, 61, bertindak sedemikian apabila melihat seorang lelaki bersenjatakan parang mendekati isterinya. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Kawasaki 150RR menuju ke arah isteri mangsa untuk merompak. 

"Pembonceng motosikal yang memegang parang turun dari motosikal menuju ke arah isteri mangsa yang sedang berbual dengan jirannya. Bagi mempertahankan nyawa isterinya, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek.

"Suspek menetak kepala mangsa. Suspek juga sempat melarikan diri dengan merampas gelang tangan isterinya," katanya ketika dihubungi di sini. 

Munusamy berkata mangsa yang dirawat di Hospital Selayang menerima lapan jahitan dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu rompakan dan menyebabkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment