ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD GAGAL BANTU PAS MENANG Di PRK ROMPIN - KATA PEMIMPIN DAP

Thursday 7 May 2015

HUDUD GAGAL BANTU PAS MENANG Di PRK ROMPIN - KATA PEMIMPIN DAP

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat Datuk Teng Chang Khim menjelaskan status di laman Facebook miliknya, ‘Iktibar Rompin: Isu hudud tidak menguntungkan PAS Umno tewas atas GST,’ dengan mengatakan pengundi di Rompin mungkin tidak berkenan dengan cara PAS menguruskan hudud.

Teng berkata perkara tersebut merupakan hakikat yang perlu diterima kedua-dua parti itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin di mana BN mengalahkan PAS dengan majoriti 8,895 tetapi berlaku penurunan 40% majoriti undi dari yang sebelumnya.

“Hudud isu panas yang dihangatkan PAS sendiri ketika ini, namun masih gagal menarik minat pengundi di Rompin.

“Pengundi tidak minat dengan isu ini (hudud), ia tidak dapat tarik sokongan. Mungkin pengundi di Rompin tidak suka dengan cara PAS uruskan hudud,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, beliau juga diminta mengulas sama ada kenyataannya di Facabook semalam bakal merosakkan hubungan dalam PR, Teng menjawab, status tersebut hanyalah pandangannya.

“Kalau PAS melenting, bermakna parti itu menolak demokrasi. Jadi tidak perlu berjuang untuk rakyat,” katanya.

Teng yang juga naib pengerusi DAP Selangor berkata kemerosotan undi dialami Barisan Nasional (BN) pada PRK tersebut turut membuktikan pengundi hilang keyakinan terhadap BN ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April lalu.

Kelmarin, BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon mereka, Datuk Hasan Ariffin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keputusan PRK Rompin yang menyaksikan penurunan majoriti kemenangan BN daripada 15,114 undi kepada 8,895 undi merupakan isyarat pengundi kepada Putrajaya.

Adnan berkata, meskipun penurunan peratusan keluar mengundi turut menjadi faktor kepada pengurangan majoriti BN, pengundi juga cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan susulan keputusan tersebut.

“Pengundi cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan, GST dan Felda adalah isu yang memberikan kesan kepada rakyat dan kita perlu tangani,” katanya. 
MalaysianInsider

No comments:

Post a Comment