ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD KINI JADI MASALAH DALAM PAS - AHMAD AWANG

Tuesday 26 May 2015

HUDUD KINI JADI MASALAH DALAM PAS - AHMAD AWANG



PETALING JAYA: Isu hudud sengaja ditimbulkan sebagai senjata untuk menyerang kumpulan tertentu dalam PAS menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

Calon Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, sesetengah ahli PAS kini lebih cenderung untuk melabel kononnya ada pimpinan PAS menolak hudud dalam konteks yang tidak tepat.

"Sekarang ini sudah timbul masalah di mana isu hudud digunakan untuk berbalah sesama sendiri," katanya pada Selasa.

Menerusi rakaman temu bual bersama TV Impian iaitu sebuah saluran media alternatif yang dimuat naik di YouTube, Ahmad yang juga bekas Naib Presiden PAS menegaskan bahawa tiada ahli atau pemimpin PAS yang menolak pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Jelasnya, isu sebenar yang dibangkitkan oleh sesetengah pimpinan ialah mengenai bagaimana undang-undang berkenaan akan dilaksanakan di negara ini.

"Siapa ahli atau pemimpin PAS yang tak sokong hudud? Cuba tunjuk siapa dia.

"Yang timbul ialah soal pelaksanaan. Cara yang bagaimana, pendekatan, persiapan...itu sahaja," katanya.

Tambah Ahmad, sebelum ini tiada pihak yang mempersoalkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting berbanding hudud jika PAS kembali memerintah Terengganu selepas PRU-13.

"Jawapan Presiden kita (pada masa itu) ada keutamaan lagi iaitu gaji minimum, kemiskinan, pengangguran belum selesai lagi.

"Tapi masa itu tak ada pula kata Tok Guru Presiden menolak hudud. Tapi sekarang terbalik pula, benda yang sama tapi digunakan mungkin dalam ungkapan yang berbeza sikit," katanya.

No comments:

Post a Comment