ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMILIHAN PAS : TUAN IBRAHIM SAH CABAR MAT SABU UNTUK JAWATAN NOMBOR 2 PAS

Friday, 15 May 2015

PEMILIHAN PAS : TUAN IBRAHIM SAH CABAR MAT SABU UNTUK JAWATAN NOMBOR 2 PAS

Tuan Ibrahim sah cabar Mat Sabu untuk jawatan nombor dua PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengesahkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun nanti.

Mengumumkan di laman Facebook, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaannya mencabar penyandang sedia ada, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu kerana meraikan pencalonan oleh banyak PAS kawasan.

"Atas dokongan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke 61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi.

"Muktamar adalah medan menentukan hala tuju parti. Tapi sebelum itu, kita perlu bermuhasabah diri dan jujur terhadap masalah yang sedang dihadapi parti.," tulis beliau.

Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS itu menjelaskan PAS mesti meneruskan usaha memenangi hati rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, kawan dan lawan dengan istiqamah kita dalam perjuangan.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh bekas Mursyidul AM PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berjaya menawan hati semua lapisan masyarakat dalam ketegasannya dalam hal berkaitan Islam perlu dicontohi.

"Jangan melenting apabila ada mereka berbicara Islam dengan cara yang salah kerana ia adalah ruang dakwah untuk kita menerangkan perkara yang betul dan tepat," katanya lagi.

Sambil mengakui bahawa PAS kini berdepan masalah dalaman yang boleh mengakibatkan perpecahan dan melemahkan parti, Tuan Ibrahim menyeru agar parti itu terus diperkasakan.

"Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

"Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat.

"Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jamaah. Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan," katanya.

Sehingga kini, hanya dua nama, Mat Sabu dan Tuan Ibrahim sudah mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang akan diadakan pada Muktamar PAS di Kuala Selangor, Jun ini.

Dua lagi nama yang layak, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sehingga kini masih belum menyatakan kesediaan untuk bertanding mana-mana jawatan.

Pada pemilihan sesi lepas, Mat Sabu mengekalkan jawatan yang disandangnya pada 2011 selepas menewaskan Mohd Amar yang ketika itu disebut-sebut akan merampas kerusi nombor dua PAS itu dengan mudah.

1 comment:

  1. Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

    ReplyDelete